Thursday, April 16, 2009

1- Perempuan, anda bukan princess ok.

"Dia dah clashkan aku"
"Dia ada perempuan lain"
"Dia dah ada lelaki barulah"
"Bila dia tak da. aku tak boleh hidup"
"Aku nak dia tahu aku merana"

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Memanglah sakit. Baik lelaki atau perempuan dan yang pastinya semua akan merana. Semua akan alami situasi:

  • Aku ni memang bodohlah. Kenapalah aku boleh tak perasan.
  • Jantan/Betina tak guna! Kau ingat aku haian dengan kau. Kiss my ass
  • Babi punya budak. Kimak betul. Palat tak sedar diri!
Tapi percaya atau tak. Maki-makian tu bertahan tak sampai 1 jam. Kira kita boleh klasifikasikan kes-kes ini "cakap tak serupa bikin".  Selalu perkara ini terjadi kat perempuan. Lelaki memang egonya tinggi. Yang itu perempuan tak perlu nak argue. Macam mana nak tundukkan ego lelaki? Semua ada caranya tapi ada sesuatu yang perempuan perlu tahu:

Hey perempuan! 
Tolong jangan jadi sampah sangat boleh? Bila lelaki tu dah tinggalkan kau, maksudnya dia memang dah buang kau. Please dont be such a pathatic girl! Anda bukan tuan puteri. Anda ingat lelaki akan naik kuda dah campakkan bunga ros merah? Bodoh. That will never happend. Apa yang kalian perlu lakukan?

  1. Jangan reply atau call lelaki tersebut lagi. Faham yang anda masih sayangkan dia. But please show them your women's power!
  2. Bayangkan anda adalah BEYONCE yang berbuah dada besar, yang booooootylicious, yang super sexy dan anda memakai kasut Prada 3 inchi. Berjalan di hadapan dia dengan mendabik dada. Menanggalkan sunglasses Guess untuk melihat dia dan memandang dia dengan pandangan tepi lalu berkata  " As you wish my dear. Have fun. Daaa!~"
  3. Tolong jangan nampak yang anda sedang bersedih. Anda boleh menangis air mata darah, tapi syaratnya tolong jangan biar dia tahu. Tolong jadi MAHA kuat. Gagah. Lelaki akan tercabar bila anda tak merayu pada dia.
  4. Pagi itu anda di"ceraikan", tengah hari itu sila ke La Senza dan membeli underware baru. G-String will be fine. Bagi yang tak berkemampuan, tidak mengapa. Pergi je ke Pasaraya Meow-Meow, Jusco juga ada bra yang berpatutan. Sila beli bra yang SUPERSEXY. Anda akan rasa semua orang memandang anda walaupun bra itu dipakai di dalam baju.
  5. Esoknya, mesti lelaki anda akan bagi mesej "B, B sihat?" atau "B, I'm sorry dear" atau "B, dah mam?". Please reply "I never feel as good as today" atau "Peduli apa kau aku sihat ke tak, dah makan ke belum. Jaga hal kau sudah!".
Biarkan perkara ini berlanjutan selama SATU MINGGU at least! Kemudian sila perhatikan resultnya:

  • Kalau lelaki itu sayangkan anda:
Dalam waktu seminggu itu dia akan berusaha dapatkan anda semula. Dia akan terus cuba contact anda. Mencari anda di setiap penjuru dunia dan benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku
  • Kalau lelaki itu tak sayangkan anda:
Dalam waktu seminggu, dia akan mesej anda kurang dari 10 kali. Dia dah anda perempuan baru. Dia tidak mencuba mencari anda. Dia tak akan menyesal.

Perempuan,
Aku tau kalian sakit. Tapi dari kalian merayu dan berusaha sekuat mungkin nak tunjuk ke mereka yang anda suffer, it is worthless. Macam yang aku cakap ANDA BUKAN TUAN PUTERI. Hidup ini bukan macam fairytales. Show them your power!

 

1 comment:

  1. gosh. suka betul aku entri ini.
    perempuan, kau bukan pengemis cinta la~

    lalala.
    =)

    ReplyDelete